Kejam! Rompak Dan Rogol Wanita Dalam Bilik Ketika Suami Tengah Tidur Di Ruang Tamu

loading...
Kejam! Rompak Dan Rogol Wanita Dalam Bilik Ketika Suami Tengah Tidur Di Ruang Tamu

Kejam sungguh perompak ni! Seorang wanita di Kampung Rantau Panjang telah dirogol oleh tiga lelaki di dalam bilik rumahnya setelah dirompak awal pagi semalam memetik laporan Berita Harian. 
Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa sedang tidur berseorangan di dalam bilik dan dikejutkan dengan kehadiran tiga perompak tersebut. 
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara:
"Seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum mangsa dirogol manakala dua lagi suspek berada di luar bilik."
"Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh."
"Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu."
"Mangsa turut mengadu dia diacukan pisau oleh suspek, sebaik dimaklumkan, suami mangsa dan jiran cuba mengejar suspek namun gagal. Beg duit berisi kad pengenalan serta wang tunai berjumlah RM300 turut dilarikan"
Suami mangsa membuat pemeriksaan sekitar luar rumah dan menemui kesan umpilan di bahagian tingkap dapur rumah itu. Isterinya pula dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemeriksaan dan disahkan trauma. 
loading...

0 Response to "Kejam! Rompak Dan Rogol Wanita Dalam Bilik Ketika Suami Tengah Tidur Di Ruang Tamu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close