K3maluan Mangsa Warga Emas Berusia 80 Tahun Tersepit Dicelah Kerusi , Abang Bomba Datang Beri Bantuan

loading...
K3maluan Mangsa Warga Emas Berusia 80 Tahun Tersepit Dicelah Kerusi , Abang Bomba Datang Beri Bantuan


SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas kemaluannya tersepit di celah kerusi plastik di rumahnya di Kampung Baru, Simpang Jalong dekat sini petang tadi.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.43 petang sebelum bergegas ke rumah mangsa.
Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba telah mengeluarkan kemaluan mangsa berusia 80 tahun yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan diberi rawatan oleh pihak bomba di lokasi kejadian,” katanya.
Jelasnya, operasi menyelamat mangsa tamat pada pukul 7.18 malam
loading...

0 Response to "K3maluan Mangsa Warga Emas Berusia 80 Tahun Tersepit Dicelah Kerusi , Abang Bomba Datang Beri Bantuan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close