loading...

- Foto AFP
LONDON: Jiran seorang daripada suspek penyerang digelar 'Abz' dalam insiden tikaman di ibu kota ini menganggapnya sebagai bapa penyayang dan gemar mengunjungi gimnasium.
Abz dilihat bersama van digunakan dalam serangan itu beberapa jam sebelumnya.
Terletak di kawasan pelbagai etnik di Barking, rumah di mana media British melaporkan suspek tinggal diserbu polis semalam dan seorang jurugambar AFP melihat wanita memakai tudung dibawa keluar dan wajah mereka ditutup.
"Kami melihatnya (suspek) banyak kali di sekitar kawasan ini. Dia terkenal peramah namun tiba-tiba sikapnya berubah dan tidak bertindak normal. Dia tidak agresif, sering berbual, namun kebelakangan ini hanya mengucapkan 'hi' dan 'bye'," kata Salahudeen, 40, pengajar pemandu yang tinggal berhampiran.
Salahudeen berkata, suspek memiliki dua anak, seorang lelaki berusia tiga tahun dan bayi perempuan lahir dua minggu lalu, malah sering dilihat mendokong anak lelakinya di bahu serta bermain bola sepak di taman.
Jiran itu berkata, lelaki terbabit sering memakai seluar paras buku lali, sama dengan gambar satu daripada tiga penyerang ditembak mati polis malam kelmarin.
Polis setakat ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai suspek, mengatakan mereka tahu identiti penyerang dan akan mendedahkannya 'secepat mungkin.'
Pihak berkuasa berkata, mereka menahan 11 orang, lima lelaki dan enam wanita berusia antara 19 dan 60 tahun di rumah pangsa itu.
Michael Mimbo, 25, seorang lagi jiran berkata, penyerang adalah seorang 'lelaki Asia', panggilan digunakan di Britain merujuk kepada individu berasal dari benua India.
"Kami sering memanggilnya 'Abz' di gimnasium. Van yang disewanya berada di sini Jumaat lalu. Kenderaan itu menghalang penghuni daripada masuk," katanya. -AFP
loading...
0 Response to "GEMPAR !!! ISU ANTARA BANGSA Penyerang London bapa penyayang: jiran... "
Post a Comment