loading...
JAHAT betul mulut seorang pengikut laman sosial ni menghina anak perempuan pengasas produk Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida dengan memanggilnya buruk dan hitam.
Sedap ya mengata anak orang di bulan Ramadan yang mulia ini? Apalah dosa anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B sampai dihina begitu?
“Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.
“Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?” tulis salah seorang di Instagram miliknya selepas Vida memuat naik gambar Cik B dan anak lelakinya, Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.
Melihat kepada komen-komen menghina itu, hati ibu mana yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak kecil?
Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram memberitahu terkilan apabila ada yang menghina anaknya dan menjelaskan kulit Cik B hitam adalah disebabkan aktiviti lasak sering dilakukannya.
Bagi membuktikan perkara itu, Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang jelas sangat comel dan berkulit putih.
“Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.
“Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer,” tulisnya.
Gelagat Cik B dan Kacak menunggu waktu bersahur. |
Dalam pada itu, Vida berkata, anaknya itu memang tidak berminat untuk berhias dan menganggap ia perkara biasa bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun.
“Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B… My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.
“Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Man budak 12 tahun buat begitu?,” tulisnya lagi.
Luahan Vida itu turut mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya yang menyifatkan penghinaan sesetengah orang terhadap anaknya sebagai tidak patut dilakukan.
Antara mesej yang ditinggalkan adalah seperti;
“@yusfaelviraKot biarlah kulit hitam pun, kulit hitam ada macam-macam suplimen boleh cerahkan kulit, hati hitam tida ubat.
@ienaslavenderIte Cik B tu suci hatinya macam anak-anak gadis lain..tiada cacat cela saya lihat semuanya comey lako.
@seaanemoneeee Problem is bila u meletakkan nilai cantik pada tahap keputihan kulit. Any colour is beautiful. – mstar
loading...
0 Response to "GEMPAR !!! Datuk Vida Berang Anak Dikutuk "Gelap" Padahal Ibunya Berjual Produk Kecantikan . "
Post a Comment