loading...
2 Anak Mereka Hilang Dlm Tsunami 2004. Slps 10 Tahun Hilang Akhirnya Mereka Bertemu, SEBAK !!! | Siapa
yang dapat lupakan tragedi tsunami yang berlaku hampir 13 tahun lepas?
Pada 26 Disember 2004, sekurang-kurangnya 200,000 orang terbunuh di 14
buah negara dan Aceh, Indonesia antara yang paling teruk terjejas oleh
kerana bencana alam tersebut.
Seperti
mangsa bencana yang lain, keluarga Rangkuti antara yang terkesan teruk
akibat dari bencana itu. Saat tsunami menimpa Aceh, Septi Rangkuti telah
meletakkan tiga orang anaknya di atas sebuah papan kayu yang besar
untuk mengelakkan anak-anaknya dari lemas, menurut Newsner.
Walau
bagaimanapun, dua daripada tiga orang anaknya hanyut ke laut. Mereka
ialah anak lelakinya berusia empat tahun, Arif dan anak perempuannya
berusia tujuh tahun, Raudhatul.
Sebaik
sahaja air surut, Septi dan isterinya, Jamaliah mencari anak yang
hilang selama sebulan, namun usaha mereka bertemu jalan hampa.
Menyedari
peluang mereka semakin tipis, pasangan ini redha dan memberi tumpuan
dalam membesarkan anak yang masih hidup dan memulakan hidup baru.
Walau
bagaimanapun, selepas 10 tahun berlalu, 2014 membawa sinar baru setelah
abang kepada Septi terlihat iras-iras wajah seseorang yang dikenalinya
di kampung. Dia juga mendapat tahu bahawa gadis itu telah menjadi anak
yatim selepas tragedi tsunami.
Menurut
gadis tersebut, dia telah dihanyutkan ombak laut sejauh 128 km jauh
dari rumahnya. Dia kemudiannya terdampar di sebuah pulau kecil, yang
mana dia diselamatkan oleh seorang nelayan yang baik hati. Lelaki
tersebut membawa dia ke rumah dan dia dibesarkan oleh ibu kepada nelayan
tersebut sejak 10 tahun lalu.
Mengesyaki
gadis itu mungkin anak kepada Septi, abang Septi telah menghubungi
Jamaliah dan menceritakan berita baik itu kepadanya. Sungguhpun begitu,
masih terlalu awal untuk gadis itu dikatakan anak kepada Septi kerana
dia menggunakan nama yang berbeza dan tidak mempunyai banyak ingatan
akan hidupnya sebelum tsunami berlaku.
Pertemuan
kemudian diatur antara Septi dan isterinya dengan keluarga nelayan
tersebut. Pada saat mereka ditemukan, Septi dan Jamilah yakin benar
bahawa gadis itulah anak mereka yang hilang hampir 10 tahun lepas.
Gadis itu kemudian disatukan bersama keluarganya. Pun begitu, kisah mereka tidak berakhir di situ saja…
Disebabkan
liputan media yang menyeluruh terhadap pertemuan itu, Arif yang juga
hilang bersama kakaknya semasa tragedi tsunami tersebut ditemukan juga. Syukurlah!
Menurut
laporan Newsner, hanya Raudhatul saja yang diambil nelayan tersebut
sejak mereka tiba di pulau itu kerana dia tidak mampu untuk menjaga
Arif. Anak kecil tersebut ditinggalkan sendirian dan menjadi gelandangan
selama beberapa tahun sebelum sebuah keluarga lain mengambilnya sebagai
anak angkat.
Selepas
melihat gambar Arif tersebar di televisyen, keluarga yang menjaga Arif
menghubungi Septi dan membenarkan Arif untuk tinggal bersama keluarga
kandungnya.
Akhirnya keluarga Rangkuti bersatu semula selepas 10 tahun! Didoakan semoga keluarga ini sentiasa bahagia selalu.
loading...
0 Response to "2 Anak Mereka Hilang Dlm Tsunami 2004. Slps 10 Tahun Hilang Akhirnya Mereka Bertemu, SEBAK !!!"
Post a Comment